BERHENTI MEROKOK DALAM MASA 10 HARI?
Ya, kurang 10 hari. Dengan teknologi Electronic Nicotine Delivery System (ENDS) terbaru dari Kardinal yang lebih berkesan dari Terapi Gantian Nikotin (NRT), ini tidak mustahil.
"ER, TAPI APA ITU NRT?"
Bukan jargon yang kami petik sembarangan dari penceramah TikTok.
NRT adalah rawatan untuk berhenti merokok yang memang telah diiktirafkan bidang perubatan dan boleh meningkatkan peluang untuk berhenti merokok kira-kira 55%! Ia melibatkan pengambilan nikotin melalui cara selain daripada tembakau seperti gegula getah, pelekat dan inhaler.
"APA PULA ITU ENDS?"
ENDS merupakan sistem penghantaran nikotin elektronik seperti vape keluaran Kardinal. Ianya mempunyai kadar bahan kimia yang jauh lebih rendah dari rokok dan telah terbukti lebih berkesan dari NRT tradisional.
BUKTI
“OKAY, APA BUKTI VAPE EFEKTIF?"
KITA LIHAT SAHAJA KAJIAN TERBARU COCHRANE REVIEW
-
Bahaya vape hanyalah khabar angin — hanya vape haram yang mengandungi kandungan minyak THC dan Vitamin E Acetate terbukti membahayakan.
-
Larangan terhadap e-liquid berperisa boleh membawa kesan buruk kepada perokok yang ingin berhenti menggunakan vape.
-
17% bekas perokok di England kini vape — jumlah perokok dewasa telah menurun sebanyak 15% dalam tempoh 10 tahun disebabkan vape.
-
Badan-badan kerajaan telah menyatakan vape memberi sumbangan penting bagi mengakhirkan industri tembakau.
"BAIK, APA MAKSUD SEMUA DATA INI?"
Bukti menunjukkan vape bernikotin berfungsi lebih baik daripada NRT lain, dan kemungkinan juga lebih baik daripada e-rokok tanpa nikotin. Ia juga berfungsi lebih baik daripada tiada sokongan berhenti merokok, atau sokongan tingkah laku sahaja, dan tidak dikaitkan dengan kesan serius yang tidak diingini.
-
Orang ramai lebih cenderung berhenti merokok menggunakan vape bernikotin dari NRT lain. (6 kajian; 2,378 orang)
-
Vape bernikotin dapat membantu lebih banyak orang berhenti merokok berbanding tiada sokongan berhenti merokok atau sokongan tingkah laku sahaja. (7 kajian; 3126 orang)
-
8-12 dari 100 orang boleh berjaya berhenti merokok menggunakan vape bernikotin berbanding dengan hanya 4-7 dari 100 orang yang menggunakan NRT lain.
-
Tiada perbezaan dalam kesan-kesan tidak serius yang tidak diingini berlaku pada orang yang menggunakan vape bernikotin berbanding dengan e-rokok tanpa nikotin.
LIHAT JUGA KAJIAN PUBLIC HEALTH ENGLAND
"KENAPA VAPE PENTING DALAM PROSES BERHENTI MEROKOK?"
Senang cakap, vape dapat mengurangkan kesan-kesan ‘withdrawal’. Nikotin dalam tembakau adalah dadah yang menjadikan berhenti merokok itu sukar. Apabila anda berhenti merokok, otak anda tidak biasa dengan kekurangan nikotin. Akibatnya, anda mungkin rasa kemurungan, mengalami kesukaran untuk menumpukan perhatian atau tidur, mempunyai keinginan kuat untuk merokok, atau secara amnya berasa tidak selesa—inilah tanda dan gejala sindrom ‘withdrawal’.
JADI, TUNGGU APA LAGI?
"TAPI PERLU KE SAYA BERHENTI MEROKOK? MACAM MASIH SIHAT JE..."
Mungkin anda tidak hirau akan kemungkinan dijangkiti kanser paru-paru walaupun memang pengetahuan umum yang merokok itu membahayakan. Tapi ikut sahaja fakta-fakta berikut.
MENGIKUT KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM)
-
Rokok membunuh hampir 27,000 rakyat Malaysia setiap tahun
-
Kemungkinan besar boleh meningkat hingga ke 150,000 orang pada tahun 2025
Kajian mendapati bahawa risiko mendapat kanser paru-paru meningkat kepada 14% jika anda menghisap rokok. Jika anda menghisap 1 hingga 5 batang rokok setiap hari, risiko anda adalah sekitar 7.7%, dan jika anda menghisap lebih daripada 35 batang rokok sehari, anda akan mempunyai 26.4% peluang untuk mendapat kanser paru-paru menjelang umur 80 tahun.
Tidak, data tersebut menunjukkan kira-kira 1 dari 10 perokok sosial berisiko mendapat kanser paru-paru. Walaupun anda anggap ini risiko rendah, masih banyak kesan-kesan sampingan yang serius dan tidak serius yang disebabkan rokok.
ROKOK MENINGGALKAN KESAN-KESAN KOSMETIK SEPERTI:
Bau mulut
Gigi kuning dan reput | Kehilangan gigi
Kulit kendur dan berkedut
Rambut gugur dan kurang bersinar
DAN WORLD HEALTH ORGANISATION (WHO)
-
Rokok boleh membunuh separuh daripada pengguna-pengguna yang tidak boleh berhenti
-
Rokok membunuh lebih daripada 8 juta orang setiap tahun
-
Dianggarkan 1.3 juta orang terdedah kepada asap rokok terpakai (SHS) setiap tahun
DAN JUGA MASALAH KESIHATAN SEPERTI:
Imun lemah
Ulser dan kerengsaan perut
Masalah kesuburan
Risiko diabetes jenis 2
Penyakit jantung
"MERISAUKAN. TAPI 7.7% ITU AGAK RENDAH, KAN?"
“TAPI KESIHATAN SAYA SAHAJA TERANCAM, MEROKOK TIDAK MEMBAHAYAKAN ORANG LAIN..."
Salah sekali. Orang dewasa yang tidak merokok tetapi terdedah kepada asap rokok terpakai (SHS) boleh meningkatkan risiko mendapat kanser paru-paru sebanyak 20–30%. Ini lebih merisaukan jika anda sudah berumah tangga dan punyai anak-anak kecil.
Mari kita lihat data:
-
Kanak-kanak menghabiskan sebahagian besar masa mereka di rumah selepas sekolah.
-
Pendedahan SHS di rumah ialah 55.8%, di mana 11.9% kanak-kanak tinggal dengan seorang perokok.
-
Manakala ianya 43.9% bagi kanak-kanak tinggal dengan ≥2 perokok.
-
Kanak-kanak terdedah kepada lebih daripada 7000 bahan kimia daripada asap rokok.
-
Kanak-kanak terdedah kepada tabiat merokok ibubapa yang mungkin membentuk tanggapan bahawa tidak mengapa untuk merokok.
"NASIB SAYA BELUM BERKELUARGA..."
Berkeluarga atau tidak, duit simpanan adalah amat penting untuk masa depan anda. Jika anda pilih vape, anda boleh jimat separuh daripada perbelanjaan anda.
Tak percaya? Lihat data di bawah:
JIKA ROKOK
-
Seorang perokok hisap = >10 batang sehari
-
Sekotak rokok = RM18–20
-
Perbelanjaan bulanan = RM500
JIKA VAPE
-
Dispo boleh tahan = 2 minggu
-
Harga 1 dispo = RM30
-
Perbelanjaan bulanan = >RM60
"KENAPA PILIH KARDINAL?"
MISI KAMI
Mengubah kehidupan, satu pod pada satu masa
Kardinal adalah syarikat tempatan yang telah mencapai standard antarabangsa; produk Kardinal telah diedarkan di 33 negara seluruh dunia dan juga mendapat pengiktirafan daripada 17 anugerah. Setakat ini, Kardinal telah berjaya membantu lebih 100,000 orang berhenti merokok di Malaysia melalui produk-produk gantian nikotin elektronik yang amat berkesan, bergaya, dan paling penting, sedap.
Kardinal faham berhenti secara mendadak mempunyai kadar kegagalan yang tinggi. Disebabkan itu, produk Kardinal diberi kawalan kualiti yang tinggi untuk memastikan anda boleh berhenti merokok dengan mudah.
Kardinal Hari Ini
17
ANUGERAH INDUSTRI
100K
PENGGUNA YANG TELAH BERHENTI MEROKOK
33
NEGARA TEREDAR
"SAYA BARU SAHAJA INGIN BERHENTI MEROKOK. PRODUK MANA YANG PALING SESUAI BAGI SAYA?"
KARDINAL
ARTISAN
Untuk memudahkan anda berhenti merokok, barisan produk pakai buang terbaru kami, Kardinal Artisan, adalah pertaruhan terbaik anda.